<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4879190949203356954\x26blogName\x3dpermainan+traditional\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-nex.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-nex.blogspot.com/\x26vt\x3d-7674896656112356467', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script><iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=8076742059755845825&blogName=PIECE+OF+HEAVEN&publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&navbarType=BLUE&layoutType=CLASSIC&homepageUrl=http%3A%2F%2Flov-ebites.blogspot.com%2F&searchRoot=http%3A%2F%2Flov-ebites.blogspot.com%2Fsearch" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div id="space-for-ie"></div>
Y
Y.
Permainan Tradisional
MuzikY
Asmaradana - Tiara Jacquelina

PerbincanganY



PenghargaanY
Basecodes Designer Background Pictures


Rakan-rakanY
Radiyah&Sharitta
Saliha&Hafizah
Lubna&Faezah
Rakan
Rakan

Imbas KembaliY
July 2008
Pemilik BlogY
Pemilik Blog:Irwan & Naim
Kelas:3m2
Sekolah:Sekolah Menengah Marsiling
Topik:Permainan Tradisional

/Thursday, July 24, 2008
ily; 6:05 PM

Video-video ini menunjukkan pelbagai cara untuk bermain chapteh

Di petik dari http://www.youtube.com






/
ily; 5:59 PM

Kita tidak boleh lupa akan jasa-jasa nenek moyang yang telah mencipta permainan-permainan traditional ini. Kita pun tidak boleh lupakan asal usul kita. Kita tidak boleh melupakan permainan tradisional kerana ia menunjukkan identitas orang-orang melayu.Supaya permainan tradisional tidak dilupakan, kita boleh membuka kelab-kelab permainan tradisional supaya orang-orang melayu dan kaum-kaum lain boleh mempelajari dan menghayati permainan tradisional melayu. Kita juga boleh melancarkan kampaign budaya orang melayu yang meninjaukan ke permainan tradisional.

Terima Kasih
/
ily; 6:54 AM

Saya membuat dua buah video tentang bagaimana chapteh di main dan di bikin.


/Sunday, July 13, 2008
ily; 9:51 PM

salam sejahtera. Kami akan membuat sebuah video tentang permainan chapteh ini.
/Saturday, July 12, 2008
ily; 5:07 AM


Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.

Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.


Membuat Bola

Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.

Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

Cara Bermain

Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu.

Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.

Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.

Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.



dipetik dari http://puadede.com/v1/?p=165
/Saturday, July 5, 2008
ily; 5:24 AM

Hari ini adalah pertama skali saya blogging. Ini memang sesuatu pencabaran buat kami kerana kita berdua tidak pernah berblogging. Pencabaran ini boleh di atasi jika kita berkerjasama dan mengkaji bagaimana untuk blogging. Sekarang, untuk pertandingan ini, saya akan membuat tentang sebuah permainan traditional yang bernama capteh. Capteh adalah permainan kegemaran saya sejak dulu lagi.